Wednesday, August 26, 2009

Jom join.....

Stadium astro fantasy
Ba klau kamu campen mau urus pemain2 EPL join la STADIUM ASTRO FANTASY...senang n free...tp tidak bole pilih 3 pemain dr team yg sama(klau bole tatap sa ambil semua pemain MU hehe)..ba itu ja la...join skrang sbb point/rating pemain kira start minggu ni..erm game ke-4 dalam EPL ..ok la jan lupa join liga sa k De Great League (48378-5294 ) n Dream League(48378-5295)...silap2 klau team dapat kumpul banyak point buli dapat hadiah dari astro hehe....baru la semangat tinguk EPL sbb mau tinguk pemain kita men bagus2 supaya point kita pun tinggi hehe...

senarai pemain De Great Calie FC

GK > Hart (Birmingham)

Def > Showcross (Stoke City)
> Vidic (Man Utd)
> Richards (Man City)
> Bridge (Man City)

Mid > Fabregas (Arsenal)
> Malouda ( Chelsea)
> Lennon (Tottenham)
> Deco (Chelsea)

ST > Rooney ( MU)
> Bendtner (Arsenal)
> Pavlyuchenko (Tottenham)





Friday, August 21, 2009

hello..hello..

setelah sekian lama menyepi akhirnya ada juga masa utk update hehe(2pun sbb ari ni cuti n teda kelas).....lama nda update sbb cibuk dgn urusan sekolah baru yg sangat sibuk(tiap minggu ada saja meeting bukan), cibuk blajar, n cibuk bergambar..cibuk..cibuk...dan cibuk la

kira-kira sebulan lagi (atau lebih tepat 28 hari dari sekarang) saya mau balik sabah suda ni..punya best kan lama suda tidak dingar bahasa sabah yg bermacam2 irama(loghat pilak, om, dusun keningau, kedayan dan macam2 lagi) haha sbb puas suda sa dingar loghat semenanjung terutama loghat org2 utara(demo ashek kacek kelantee kat sekola, kat kelas utm, peneng kepala kawe dengor tak pahe sepata pun ....hahaha betul kaitu)

oklah tu ja untuk kali ni selamat hari jadi kpd mereka yg telah birthday n akan birthday semoga murah rezeki, selamat berkahwin moga kekal sampai ke anak cucu-cicit, selamat berpuasa dan selamat-selamat semua nya semoga kita semua selamat dari perkara yg tidak selamat....

Sunday, May 24, 2009

Minggu ini minggu yang menyedihkan......

Pada waktu ini saya baru saja balik dari church st louis kluang utk merayakan misa kudus dan pesta kaamatan, hari gawai dan penan....kira saya mau mencari tapai/tumpung tetapi tiada dijual huhu...(eh bukan sa mau crita pasal ini)

Minggu ni merupakan minggu terakhir saya bertugas di SK FELDA KAHANG BARAT KLUANG...sekolah ni merupakan sekolah pertama saya dipostingkan slepas tamat pengajian di maktab...saya masi ingat tarikh pertama saya bertugas d sekolah ini ialah pada 05.01.2006 ini bermakna tempoh perkhidmatan atau jodoh saya dgn sekolah ini hanyalah selama 3 tahun 5 bulan...

Selama perkhidmatan saya d sek ini banyak peristiwa pahit, manis, asam, masin, sedap, suka, duka,sweet n sour dll lagi perasaan yg saya dapat. saya dan rakan diberi rumah yg agak besar bagi org bujang...tetapi rumah tersebut bekalan elektrik belum disambungkan, tiada air dan siling ruang yang bocor kerana tidak dapat menampung tahi kelawar yg terlalu banyak...bayangkan rumah itu kami kongsi bersama berpuluh-puluh kelawar yg tinggal d atas siling rumah dan najis binatang itu akan jatuh ke lantai rumah melalui celah2 siling dan juga dr siling yg bocor itu....nasib baik pada masa itu ada seorg cikgu pra sek meng'offer kan kelas tadika utk kami tumpang mandi dan tido selama 3minggu sementara menunggu pengurusan bekalan elektrik dan air...terima kasih ckgu Khalthom....pada hari pertama bertugas saya di minta memperkenalkan diri dan saya d gelak oleh guru2 n murid kerana mereka merasakan bahasa sabah agak melucukan haha...tp semua itu pengalaman yang melucukan bagi saya dan saya tidak menyalahkan mana2 pihak k.

Dipendekkan cerita suasana sekolah kerja d sekolah ni agak cibuk dan terlalu banyak tugas2 luar maklumlah sekolah di kawasan menteri pelajaran malaysia....namun segala tugas yg diberikan dilaksanakan mengikut kemampuan saya ada yg saya siapkan dengan baik, ada yg setakat buat dan ada juga yg sa tidak buat hehe.....namun banyak benda yang saya dapat belajar melaui sekolah ni....hubungan dengan rakan sekerja pula bole dikatakan baik(besa la ada yg 1 kepala dan ada yg tidak ngam kepala..mana2 pun sama baitu klau mau yg semua 1 kepala buat la sek sendiri kan hehehe)

Berkaitan dengan anak2 murid saya pula..mereka agak rapat dengan saya walaupun berlainan agama dengan saya..dan perangai dan pemikiran mereka bole dikatakan agak terbatas atau tertutup kerana kurang pendedahan dengan aktiviti luar dari felda....saya juga ingin berterima kasih dengan anak murid saya kerana tanpa mereka siapalah saya, mereka la yg menaikan nama saya sebagai ketua jurulatih sekolah, jurulatih bola sepak zon, jurulatih olahraga daerah....dalam aspek akademi pula saya diberi kepercayaan mengajar subjek KH,KT dan matematik dan pencapai kelas yg saya ajar math dari hampir separuh murid mendapat gred A dan yg lain semuanya B , C dan tiada murid yg gagal(alah math tahun 2 buakn susah mau ajar haha)

Saya meletakkan diri saya pada gred C+ utk perkhidmatan selama 3 thn 5 bulan d SK Felda Kahang Barat. ini kerana pencapaian akademi subjek yang saya ajar SANGAT MEMUASKAN cuma dalam bidang sukan boleh dikatakan MEMUASKAN SAJA sbb ada lagi 2 cita-cita saya belum tercapai d sekolah ini iaitu membawa pasukan bola sepak sekolah menjadi johan d peringkat zon dan melihat sekurang2nya 1 org pemain yg saya latih mewakili negri johor(sebelum ni saya hanya berjaya mendapat naib johan sebanyak 2 kali dari 3 kejohanan...tahun lalu ada sorang budak kana pilih diperingkat negeri tapi banyak halangan dari pihak sekolah jadi musnahlah impian budak itu dan juga impian coachnya..panat sa ajar dia men bola dari dia tahun 3 sampai tahun 6) huhuhu dan impian ke2 yg tidak tercapai ialah saya ingin melihat skurang2nya 1 atlit didikan saya sendiri beraksi d peringkat kebangsaan (tapi setakat ni saya hanya berjaya melahirkan atlit bertaraf negeri johor saja ish ish ish)..walaupun sekolah ini tidak mementingkan sukan dan hanya mementingkan akademik namun usaha saya dan rakan2 yg minat terhadap sukan membuka mata pihak pengurusan utk memberi kami dan juga murid pelung utk menunjukkan bakat

Sememangnya impian dan cita2 itu bukan mudah utk dicapai, tetapi kita seharusnya berusaha utk mencapainya dan buat sebaik2 nya agar segala pengorbanan dan usaha kita membuahkan hasil yg baik. Saya akan jadikan segala pengalaman dan segala kesilapan d sekolah ini sebagai pedoman utk meneruskan khidmat d sekolah baru kelak.

Oklah puas suda sa menaip nii...mau tanda kertas soalan lagi ni..saya bersyukur dan sangat2 berterima kasih kepada semua warga SK Felda Kahang Barat dengan sokongan, bantuan, teguran, bimbingan dan segala usaha anda saya ucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf dari hujung rambut samapi hujung kuku kaki saya sekiranya terkasar, tersilap bahasa, tertinggi suara, terlempang(tertampar), tercubit, terguris dan segala2 kesalahan saya.

* Sebenarnya saya belum pun dapat surat perpindahan tapi diorg mau buat parti perpisahan sa besok haha sekalinya perpindahan sa dibatalkan haha..
* Aduh apa la sa mau cakap ni time perpisahan dengan kakitangan sekolah ni n apa yg patut sa cakap bila berucap dihadapan murid2 sa ni ....

Thursday, May 21, 2009

cibuk-cibuk malaysia

Kurang dr 2 minggu cuti sekolah akan bermula namun suasana sekrng ni sangat cibuk dengan kertas2 soalan yg perlu ditanda dan dan markah perlu dihantar pada hari selasa depan....arghh mana sempat nak siapkan semuanya dalam masa yg singkat suda la paper sa kebanyakan hari jumaat baru dapat..ish..ish..ish...tdak juga banyak paper cuma math paper 1 n paper 2 year 2, kh thn 5 n 6 n pj thn 1 n 2....

hari jumaat - sabtu ada kemping..pastu hari ahad kaamtan d cuc st louis kluang utk diosis johor-melaka....dan minggu depan cibuk dengan markah, buku adab blajar, buku kemajuan budak, laporan setengah tahun dll lagi ish..ish..ish....jumaat minggu dapan pula ada hari terbuka seklah...time 2 la ibubapa jumpa sa n bincang masalah n pencapaian anak diorg haha...

Tapi lepas 2 jumaat sepatutnya sabtu ada LDP (latihan dalam perkhidmatan) kira kursus sampai petang tp mgkin sa nda pg 2....dan masa 2 baru la saya rilex cuti-cuti malaysia n sa pg labuan 1hb-3hb..pastu balik kgau 3hb petang atau tghari la...

Oklah slamat bertugas semua..n slamat bercuti bg mereka2 yg cuti................

Thursday, May 14, 2009

Sekadar renungan....

Alkohol....tapai, carslberg, tiger, vodka, chivas dll......sememangnya alkohol mendatangkan banyak bahana dan juga sedikit keseronokan sementara kepada kita...ceh..wahhh macam ahli fal'sampah becakap.......tiba2 dalam kotak fikiran saya ingin berkongsi dan merenung kesan baik dan buruk pengambilannya...
Sebenarnya bagi saya sesi moginum lebih banyak mendatangkan kebaikan sekiranya kita minum dengan perasaan dan emosi yg terkawal....disini saya bukan menyalahkan sesiapa dan ini cumalah pandangan sayayg baru setahun jagung dalam sesi2 peginuman haha(ya kaitu)....

Berikut kesan baik dan buruk sesi2 poginuman:

  1. merapatkan hubungan dikalangan peginum2 kerana semasa pening2 kita secara automatiknya akan berinteraksi dengan sesiapa sahaja walaupun kita tidak kenal. tetapi awas keadaan atau suasana akan berubah panas sekiranya ada dikalangan ahli yang tidak mampu mengawal emosi dan ada kalanya seseorg itu kan menjadi KUAT semasa mabuk. Orang yg pandai jadi kuat dengan tiba2 ni la yang selalunya mengeruhkan sesuatu sesi yang baik ini haha.

  2. Menghormati atau meraihkan seseorg...ahh ni nilai moral yg ada dalam sesi moginum...kita meraikan dan menghormati seseorg dengan bagi dia minum kan..dia kahwin cheers sama dia, dia ari jadi kita hormat dia dengan secawan nescafe ehh bukan secawan alkohol.....2la kamurang ingat saja2 minum ada juga nilai murni yg diterapkan secara tidak langsung kan.. tapi kita juga perlu hormat dan memahami perasaan org len..maksud saya jan paksa org minum..klau dia nda mo minum kita TRY 2,3,4 kali bawa dia minum klau dia tetap dengan keputusan nda mo minum apa buli buat mgkin dia ada masalah atau suda mabuk...klau kamu paksa nti dia muntah kamu juga yg susa kan...napa kita mo TRY bawa dia minum 2,3,4,5 kali...manatau dia malu2 atau dia pura2 kan haha...tp klau suda 4 kali try jan lagi la try nti dia mgamuk...

  3. Menjadikan diri kita berani..ah ni lg 1 ygagak lucu...klau nda mabuk pendiam tp bila mabuk jadi pak lawak, pak bising, pak tahu segala2nya (tau la klau mabuk semua pun dia tau), pak control mic (ah ni mcam sa la klau nda mabuk malu mo nyanyi tp klau mabuk nda mo lapas mic) dan banyak keberanian yang terserlah...tp ada 1 keberanian yang tidak sepatutnya kita tunjukkan iaitu PAK KUAT selepas minum ini la sangat2 perlu dielakkan kerana suasana yg ceria,lawak,gembira akan bertukar menjadi panas sa suram..


bakat yang jarang2 terkeluar sebelum pening2..(gambar hiasan)



kebaikan sesi ini merapatkan hubungan dan b'tukar
fikiran tanpa mengira umur..(gmbr hiasan)

***segala yg ditulis tidak tidak ditujukan kepasa sesiapa..ini hanyalah coretan seorg hamba yang keboringan....saya meminta maaf sekiranya apa yg tertulis menguris dan menyentuh hati sesiapa sahaja..niat saya hanyalah mengingatkan diri saya sendiri dan kepada mereka2 yang dapat menerimanya sahaja...sememangnya sesi moginum akan meriah dan seronok jika dilaksanakan dengan perasaan dan emosi yg terkawal....
***segala komen dan kritikan akan saya terima kerana setiap komen dan kritikan itu akan menjadikan kita lebih matang ....

MINUM MILO ANDA UNTUK SIHAT & KUAT erm.. MINUM ARAK ANDA UTK KESERONOKAN DAN KEBAIKAN BERSAMA...


Friday, May 8, 2009

sesi meginum with moja....


pada masa ini saya sedang cuba menghabiskan minuman yg ada d depan mata bersama classmate sa d maktab....beliau merupakan salah ckgu yg dipostingkan d johor bersama2 dengan saya....minggu lalu kami minum dirumah dia dan hari ni kami minum d rumah c diana...besok tengahari kira2 jam 1 kami akan menghadiri kursus khwin haha....
minuman kami nda juga banyak cuma ada 2 botol tapai(c moja beli c cuc time kaamatan minggu lalu), 2 botol carlsberg, 2 anchor, 1 carlsberg gold, 1 royal stout n ada lagi 88 club c moja bawa yg %nya 30% haha...
setelah sekian lama tension, stress,sedih dll akhir nya dapat juga meringankan tekanan dengan minum hahaha....sa pening da ni time mnulis blog nii..ok cau sin cii

Wednesday, April 22, 2009

PAGI YANG GELAP KINI SUDAH TERANG...

hahaha lama nda update...teda idea ba..tinguk tajuk pun bukan2 abis ngam2 sa dingar 2 lagu time mnulis ni haha....tp bnyak juga idea lepas sa tdengar ni lagu...

PAGI YG GELAP KINI SUDA TERANG..no 1. dulu sa itam abis berjemur 2 minggu d komplek tp kini suda terang kulit ku..... no 2. dulu kreta sa paling kutur d sek... sepatutnya color itam tapi lama nda cuci btukar jadi kelabu kutur ni mcam badan karabau...tapi kini paling kilat ditambah lagi dengan rim baru berkilat(tapi nda tau berkilat barapa lama ja ni sbb musim ujan huhu)...no 3...dlu sa punya kreta bgagar stering nda siuk ni nda buli laju...tapi kini ok suda (cuma yg sedih nya buang duit tukar rim yg bingkuk)....no 4.. tau2 ja la pertengahan bulan ni mata makin gelap tda duit... tapi nda lama lagi gaji yahoo...no.5..dlu sa bergelap sbb lampu di ruang tamu sot..tp skrng terang da lah (sot ba 2 tuan rumah nda pandai kaci bagus bagus sa tolak sewa rumah kuikuikui)....

uii sekali menulis blog banyak pula idea yg bukan2.... no.6 ni nda brapa ngam la dengan lirik tapi buli juga kaci kait2 ckit la kc ubah cikit ja 2 lirik PAGI YANG GELAP "MUNGKIN" AKAN TERANG...iaitu sa baru apply pindah pg daerah pasir gudang n apply OUM d UTM arap dua2 yg sa apply dapat la,baru ngam dengan 2 lirik...

No.6 pun mo tukar ckit 2 lirik..PAGI YANG GELAP "MUNGKIN NTI BULAN 6" AKAN TARANG... ni yg paling best ni nda sabar mo balik sabah... bah cukup la ni tulis panjang2 pun bukan kana baca juga ni.....nti sa sambung pasal PAGI YG GELAP "NTAH BILA MO" TERANG hahahaha