Sunday, May 24, 2009

Minggu ini minggu yang menyedihkan......

Pada waktu ini saya baru saja balik dari church st louis kluang utk merayakan misa kudus dan pesta kaamatan, hari gawai dan penan....kira saya mau mencari tapai/tumpung tetapi tiada dijual huhu...(eh bukan sa mau crita pasal ini)

Minggu ni merupakan minggu terakhir saya bertugas di SK FELDA KAHANG BARAT KLUANG...sekolah ni merupakan sekolah pertama saya dipostingkan slepas tamat pengajian di maktab...saya masi ingat tarikh pertama saya bertugas d sekolah ini ialah pada 05.01.2006 ini bermakna tempoh perkhidmatan atau jodoh saya dgn sekolah ini hanyalah selama 3 tahun 5 bulan...

Selama perkhidmatan saya d sek ini banyak peristiwa pahit, manis, asam, masin, sedap, suka, duka,sweet n sour dll lagi perasaan yg saya dapat. saya dan rakan diberi rumah yg agak besar bagi org bujang...tetapi rumah tersebut bekalan elektrik belum disambungkan, tiada air dan siling ruang yang bocor kerana tidak dapat menampung tahi kelawar yg terlalu banyak...bayangkan rumah itu kami kongsi bersama berpuluh-puluh kelawar yg tinggal d atas siling rumah dan najis binatang itu akan jatuh ke lantai rumah melalui celah2 siling dan juga dr siling yg bocor itu....nasib baik pada masa itu ada seorg cikgu pra sek meng'offer kan kelas tadika utk kami tumpang mandi dan tido selama 3minggu sementara menunggu pengurusan bekalan elektrik dan air...terima kasih ckgu Khalthom....pada hari pertama bertugas saya di minta memperkenalkan diri dan saya d gelak oleh guru2 n murid kerana mereka merasakan bahasa sabah agak melucukan haha...tp semua itu pengalaman yang melucukan bagi saya dan saya tidak menyalahkan mana2 pihak k.

Dipendekkan cerita suasana sekolah kerja d sekolah ni agak cibuk dan terlalu banyak tugas2 luar maklumlah sekolah di kawasan menteri pelajaran malaysia....namun segala tugas yg diberikan dilaksanakan mengikut kemampuan saya ada yg saya siapkan dengan baik, ada yg setakat buat dan ada juga yg sa tidak buat hehe.....namun banyak benda yang saya dapat belajar melaui sekolah ni....hubungan dengan rakan sekerja pula bole dikatakan baik(besa la ada yg 1 kepala dan ada yg tidak ngam kepala..mana2 pun sama baitu klau mau yg semua 1 kepala buat la sek sendiri kan hehehe)

Berkaitan dengan anak2 murid saya pula..mereka agak rapat dengan saya walaupun berlainan agama dengan saya..dan perangai dan pemikiran mereka bole dikatakan agak terbatas atau tertutup kerana kurang pendedahan dengan aktiviti luar dari felda....saya juga ingin berterima kasih dengan anak murid saya kerana tanpa mereka siapalah saya, mereka la yg menaikan nama saya sebagai ketua jurulatih sekolah, jurulatih bola sepak zon, jurulatih olahraga daerah....dalam aspek akademi pula saya diberi kepercayaan mengajar subjek KH,KT dan matematik dan pencapai kelas yg saya ajar math dari hampir separuh murid mendapat gred A dan yg lain semuanya B , C dan tiada murid yg gagal(alah math tahun 2 buakn susah mau ajar haha)

Saya meletakkan diri saya pada gred C+ utk perkhidmatan selama 3 thn 5 bulan d SK Felda Kahang Barat. ini kerana pencapaian akademi subjek yang saya ajar SANGAT MEMUASKAN cuma dalam bidang sukan boleh dikatakan MEMUASKAN SAJA sbb ada lagi 2 cita-cita saya belum tercapai d sekolah ini iaitu membawa pasukan bola sepak sekolah menjadi johan d peringkat zon dan melihat sekurang2nya 1 org pemain yg saya latih mewakili negri johor(sebelum ni saya hanya berjaya mendapat naib johan sebanyak 2 kali dari 3 kejohanan...tahun lalu ada sorang budak kana pilih diperingkat negeri tapi banyak halangan dari pihak sekolah jadi musnahlah impian budak itu dan juga impian coachnya..panat sa ajar dia men bola dari dia tahun 3 sampai tahun 6) huhuhu dan impian ke2 yg tidak tercapai ialah saya ingin melihat skurang2nya 1 atlit didikan saya sendiri beraksi d peringkat kebangsaan (tapi setakat ni saya hanya berjaya melahirkan atlit bertaraf negeri johor saja ish ish ish)..walaupun sekolah ini tidak mementingkan sukan dan hanya mementingkan akademik namun usaha saya dan rakan2 yg minat terhadap sukan membuka mata pihak pengurusan utk memberi kami dan juga murid pelung utk menunjukkan bakat

Sememangnya impian dan cita2 itu bukan mudah utk dicapai, tetapi kita seharusnya berusaha utk mencapainya dan buat sebaik2 nya agar segala pengorbanan dan usaha kita membuahkan hasil yg baik. Saya akan jadikan segala pengalaman dan segala kesilapan d sekolah ini sebagai pedoman utk meneruskan khidmat d sekolah baru kelak.

Oklah puas suda sa menaip nii...mau tanda kertas soalan lagi ni..saya bersyukur dan sangat2 berterima kasih kepada semua warga SK Felda Kahang Barat dengan sokongan, bantuan, teguran, bimbingan dan segala usaha anda saya ucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf dari hujung rambut samapi hujung kuku kaki saya sekiranya terkasar, tersilap bahasa, tertinggi suara, terlempang(tertampar), tercubit, terguris dan segala2 kesalahan saya.

* Sebenarnya saya belum pun dapat surat perpindahan tapi diorg mau buat parti perpisahan sa besok haha sekalinya perpindahan sa dibatalkan haha..
* Aduh apa la sa mau cakap ni time perpisahan dengan kakitangan sekolah ni n apa yg patut sa cakap bila berucap dihadapan murid2 sa ni ....

No comments: